Hilang pendapatan sekelip mata selepas butik jahitan tidak dapat beroperasi setahun lalu bukanlah perkara mudah bagi usahawan wanita dari Pulau Pinang ini.<br /><br />Bagi memastikan perniagaannya tidak berkubur, Rozlina Abdul Latiff pemilik Sutra Mentari Enterprise mula memanfaatkan kelebihan dunia digital demi kelangsungan hidup dan dunia jahitan yang menjadi punca rezekinya.
